Rakyat Malaysia sememangnya sangat suka makan, lebih-lebih lagi makanan
yang lazat seperti nasi lemak dan roti canai. Namun ramai yang tidak
tahu makanan yang di makan itu jika berlebihan akan menjejaskan
kesihatan kerana kandungan seperti kalori, nutrisi dan lemak itu adalah
salah satu punca penyakit.
Antara hidangan yang menjadi kegemaran seluruh rakyat Malaysia iaitu
nasi lemak. Kandungan lemak dan kalori dalam nasi lemak itu sendiri ada
lebih kurang 450-500 kalori sepinggan belum lagi ditambah nasi atau ayam
goreng ataupun lauk yang lain itu semua boleh menjadikan sekali makan
lemak akan bertambah menjadi 1000 kalori sepinggan.
Kemudian roti canai, makanan yang juga menjadi kegemaran tidak kira
waktu bila pagi, petang atau malam. Roti canai juga ada banyak kalori
yang untuk menghilangkan kalori itu ibarat perlu jogging dalam 90 minit
barulah bersamaan dengan kalori yang kita makan. Nasi goreng juga antara
makanan yang menggemukkan kerana sepinggan nasi sahaja sudah ada 630
kalori di dalamnya belum lagi di tambah dengan lauk yang lain.
Ais krim juga menggemukkan walaupun ianya nampak seperti tidak
menggemukkan tapi hakikatnya kalori lemak dan gula di dalamnya juga
tinggi iaitu 2 skop ais krim ada 350 kalori. Malaysia juga ada makanan
rugi sendiri iaitu Burger Ramli. Semua jenis burger mempunyai kalori
yang tinggi.
Selain itu makanan seperti mee kari dan juga makanan bergoreng juga
sangat menggemukkan kerana mempunyai santan dan juga berminyak. Untuk
elakkan santan atau bergoreng cuba tukar cara masakan dengan merebus
ataupun bakar kerana ini megurangkan lemak dan minyak yang banyak dalam
makanan.
Selain itu, susu pekat manis, roti manis dan donut serta mayonis turut
tersenarai mempunyai kandungan lemak, gula dan kalori yang tinggi.
Kesemua jenis makanan ini tidak akan menggemukkan sekiranya kita tahu
cara untuk mengawal pengambilannya. Sama ada kurang kuantiti yang di
ambil atau tidak makan langsung makanan itu. Apa yang penting adalah
mengawal pemakanan dan tahu sukatan kalori setiap makanan yang diambil.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan